BAKAL Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Hanifah Mohammad @ Pak Abu disarankan meletakkan jawatan sebelum dilantik ke jawatan tertinggi SPRM pada 1 Januari 2010 sekiranya ‘membudayakan’ sindrom menutup kes rasuah yang melibatkan VIP, sebagaimana yang dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan @ Tok Mat.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul dan Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Tungku, Kunsul Nahul membuat saranan demikian secara serentak setelah Panel Aduan SPRM menyerahkan aduan mereka berhubung tiga kes berskala besar yang dilaporkan kepada panel berkenaan pada 15 Oktober 2009 kepada Jawatankuasa Penilaian dan Operasi.

“Kami mengalu-alukan perlantikan Pak Abu sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, tetapi kami mendesak agar beliau segera mengarahkan kes siasatan yang tertunggak berikut penukaran serta merta Pengarah SPRM Sabah, Puan Latifah Md Yatim bagi menutup kes berprofail tinggi yang sedang disiasat SPRM,” ujar Azizul yang masih merujuk kepada tiga kes utama yang mereka laporkan.

Salah satu daripada kes berprofail tinggi kata Azizul ialah kes Mantan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Musbah Jamli yang telah lengkap disiasat ketika Latifah menjadi Pengarah SPRM Sabah.

“Kita tidak tahu kedudukan kes berkenaan. Kita hanya dengar ianya ditutup begitu sahaja kerana melibatkan Wakil Rakyat UMNO. Kononnya akan disiasat melalui badan yang akan dilantik khas untuk menyiasat kes rasuah wakil rakyat. Tapi sampai bila?.” tanya Azizul yang jengkel dengan jawapan kurang matang SPRM berhubung laporan rasmi beliau terhadap Musbah.

Manakala Kunsul Nahul pula berkata, Pak Abu harus menukarkan semua Pengarah SPRM negeri termasuk Sabah yang terlalu lembab dan kurang produktif bagi memulihkan imej SPRM yang mudah luntur bagaikan baju warna terkena klorox.

“Jika mereka pula menyalahguna kuasa dan budibicara mereka berunding dengan saspek untuk menutup kes, maka Pak Abu tidak harus menerima perlantikan tersebut, melainkan beliau mempunyai iltizam untuk menggilap semula imej SPRM yang begitu malap sejak akhir-akhir ini, terutama selepas kes Teoh Beng Hock,” jelas Kunsul yang menyifatkan kes berkenaan menghakis keyakinan orang ramai terhadap SPRM.

Kunsul menegaskan, Skandal Rasuah Musbah Jamli bukan lagi rahsia di Sabah, malah hampir keseluruhan rakyat Sabah tahu bahawa Musbah terlibat dengan rasuah ketika menjadi Pengerusi Supernesa, sebuah GLC Kerajaan; ketika menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dan kini sebagai Pembantu Menteri.

“Jika semua bukti yang telah dikumpulkan hanya dijadikan warga Tong Sampah, ada baiknya SPRM Sabah dibubarkan kerana kewujudannya di Sabah tidak memberi sebarang makna, malah semakin menggalakkan rasuah kerana pelaku lepas bebas tanpa sekatan pihak berkuasa,” ujar Kunsul lagi.

Kunsul turut mendesak SPRM menjalankan siasatan subsidi penanaman padi dan subsidi susu yang dipercayai melibatkan Musbah dan beberapa kroni beliau. Kunsul berjanji akan memberi kerjasama kepada SPRM jika benar-benar ingin menyiasat dan mendakwa Musbah.

Untuk rekod, Musbah pernah digugurkan daripada senarai calon UMNO pada 2004 apabila Mantan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Syukri Abdull kerana terlibat dengan rasuah dan mempunyai kes yang masih dalam siasatan, namun terlepas saringan ketika Latifah Md Yatim menjadi Pengarah SPRM Sabah.

petikan dari sabahkini.net


Wahai pemuda,

Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa. Dan bersyukurlah diatas nikmat Allah yang paling besar lagi tidak terhingga nilainya. Nikmat berada di atas jalanNya yang benar. Jalan para Nabi dan Rasul Allah. Kita berada di dalam nikmat Islam dengan pilihan Allah. Sesiapa yang menolaknya maka padahlah hidupnya dan akan rugilah dia di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud ;

“Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (sistem hidup) maka ia tidak diterima dan dia di akhirat kelak bersama mereka yang rugi.” (Ali Imran, 3:83)

Yakinlah wahai pemuda,

Islam sebagai Deen yang benar menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka yang beriman dan mengambil Islam sebagai sistem hidup sentiasa dicuba oleh musuh-musuh mereka untuk menyekat dan memperdaya penganut-penganut Islam supaya tidak kuat pegangan mereka terhadap Islam. Dan tidak bulat keyakinan mereka dengan janji-janji Allah di akhirat kelak. Hakikat ini telah jelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud;

“ Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya Allah(Deen Allah) dengan mulut-mulut mereka (diayah-diayah mereka) dan Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya Islam walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”
(AtTaubah, 9:32; As-Sof, 61:8)

Usaha memadamkan cahaya Allah telah berlaku sepanjang sejarah hidup manusia di atas muka bumi ini sejak nabi-nabi dan rasul-rasul dahulu kala lagi hingga ke zaman Baginda Rasulullah SAW, di zaman Khulafah Ar-Rashidin hingga sekarang dan akan terus dicuba dan ditentang hingga datang Qiamat. Firman Allah dalam Al-Quran Al-Karim yang bermaksud;

“Sebahagian besar Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kepada mereka kebenaran.” (Al-Baqarah, 2:109)

Ini adalah persaksian Allah tentang sikap permusuhan orang-orang kafir terhadap orang Islam, tidak kira apa juga kedudukan mereka sama ada Yahudi atau Nasrani atau Majusi atau Hinduni dan sebagainya. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Kekufuran itu satu pegangan”

Ingatlah wahai pemuda,

Salah seorang bekas Perdana menteri British ada membuat satu kenyataan katanya;
“Barat sekali-kali tidak dapat menguasai timur dan barat sendiri tidak akan aman selagi mana Al-Quran berada di tangan orang –orang Islam”.

Kenyataan yang sama dibuat oleh Pesuruhjaya Perancis di Algeria di bawah jajahan mereka;
“kita tidak akan menang dalam peperangan menentang orang-orang Algeria selagimana mereka membaca Al-Quran Al-Karim dan bercakap dengan bahasa Arab. Oleh itu kita perlu hapuskan AlQuran daripada kehidupan mereka dan hapuskan bahasa Arab dari menjadi bahasa mereka.”

Maksud mereka ”menghapuskan Al-Quran daripada kehidupan orang Algeria”, bukanlah menghapuskan naskhah Al-Quran yang mereka baca tetapi menghapuskan roh Al-Quran di dalam kehidupan mereka. Menghapuskan Al-Quran daripada menjadi manhaj hayah (cara hidup) mereka.

Dalam satu peristiwa lain, seorang ketua gerakan Kristian dalam satu persidangan di Baitul Maqdis satu ketika dahulu menyampaikan amanah kepada pendakwah Kristian sebagai berkata;

“Peranan kamu bukanlah hendak mengkristiankan orang-orang Islam tetapi ialah mengeluarkan mereka daripada Islam supaya menjadi makhluk yang tidak ada hubungan dengan Allah dan tidak berakhlaq.”

Begitu kenyataan pemimpin Kristian di Timur yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar Komunis katanya; “ Mustahil komunis boleh berkuasa sebelum Islam dapat diganyang habis-habisan.” Buktinya apa yang dilakukan oleh Komunis Rusia di Negara Balkan sekarang ini.

Peganglah wahai pemuda,

Pertelagahan antara haq dengan batil adalah menjadi sunnah hidup manusia di alam duniawi ini. Kebatilan dan kekufuran tidak senang dengan kebenaran yang dibawa oleh Islam, Deen Allah melalui Rasul-rasul Allah dan berakhir dengan Baginda Rasulullah SAW. Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 39-40 yang bermaksud;

“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku telah sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dimuka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".

Inilah pengakuan Iblis di hadapan Allah SWT yang ia akan tetap akan mengeluarkan dan menyesatkan manusia di muka bumi ini.

Allah SWT memperingatkan kita supaya berjaga-jaga jangan cuba terpengaruh dan ikut cara hidup orang-orang kafir nanti kita akan ditimpa kerugian yang besar.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 149 yang bermaksud;

“Wahai orang yang beriman jika kamu mentaati orang kafir mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran dan kamu akan kembali rugi”.

Sedarlah wahai pemuda,

Musuh–musuh Islam telah menggunakan berbagai-bagai taktik dan cara dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menyerang islam dan umatnya dengan alat senjata dan askar-askar, pemikiran dan ideologi serta akhlaq dan kebudayaan. Semua bentuk serangan yang tersebut telah mendatangkan kemenangan kepada mereka. Umat Islam kalah di dalam peperangan bersenjata, kalah di dalam peperangan pemikiran dan ideologi dan kalah dalam serangan akhlaq dan kebudayaan. Tengoklah kepada realiti yang berlaku di negara-negara Islam. Mereka diserang dan dijajah baik dengan kekuatan tentera atau kekuatan ekonomi atau kekuatan media elektronik dan sebagainya.

Perhatikanlah cara hidup muda-mudi Islam hari ini malah majoriti orang-orang islam telah terikut-ikut dengan cara hidup musuh-musuh Islam tanpa di sedari seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, gaya hidup dan pemerintahan dan sebagainya seperti yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam. Nauzubillahminzalik.

Bangunlah wahai pemuda,

Musuh-musuh Islam memang bekerjasama sesama mereka untuk menumpaskan umat Islam dengan berbagai taktik dan tipu helah. Secara keras atau secara halus asalkan mereka dapat sampai kepada matlamat mereka iaitu menghancurkan umat Islam dan menghalang mereka daripada memerintah dan memimpin manusia ke arah keredaan Allah SWT . Oleh itu kita umat Islam perlu sedar dan berjaga-jaga dan perlu mengambil iktibar daripada pengalaman yang silam agar kita tidak terperangkap berkali-kali di dalam perangkap musuh dan sepatutnya orang orang mukmin tidak dipagut di dalam lubang yang sama dua kali (pepatah arab). Orang-orang mukmin perlu memiliki kekuatan dalam berbagai bidang bagi melayakkan mereka memimpin dan sekali gus menyelamatkan manusia sejagat daripada terus berada di dalam kesesatan di bawah pimpinan jahiliyah yang penuh dengan angkara kezaliman di serata pelusuk dunia. Sanggupkah kita melihat umat Islam diburu, dibunuh, dihalau, diperkosa dan berbagai-bagai lagi kekejaman yang dilakukan oleh musuh Islam seperti di Bosnia, Palestin, Kashmir, Somalia, Burma, Sri Lanka dan lain lain negara yang minoritinya orang-orang Islam? Umat Islam perlu membina kekuatan mengatasi kekuatan musuh di segi ilmu pengetahuan, perancangan, dan peradaban demi mengembalikan kepimpinan dan khilafah ke tangan umat Islam sendiri.

"Ya Allah! Kami memohon pertolongan dariMu agar kami tetap dalam melaksanakan perintahMu. Dan kami memohon pertolongan dariMu untuk menghadapi musuh-musuh kami sehingga Islam tertegak di atas mukabumiMu. Kurniakanlah kesedaran kepada kami tentang tanggungjawab kami dan kebijaksanaan dalam menguruskannya serta kurniakanlah natijah yang baik. Ya Allah! Jadikanlah kami orang-orang yang cinta kepadaMu dan orang-orang yang mencintaiMu. Jadikanlah kami membenci mereka yang memusuhiMu. Cucurilah rahmatMu kepada kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih."

Islam menegakkan keadilan undang-undangnya di mana perlaksanaannya adalah melalui badan kehakiman dan penguat-kuasaan yang dikawal oleh aspek lahiriah dan rohaniah. Keadilan undang-undang bukan sahaja dikawal oleh aspek lahiriah tetapi dikawal oleh akidah dan iman kepada Allah dan hari akhirat.

Undang-undang Islam adalah menepati naluri manusia. Dalam perkara diluar kemampuan akal maka hukumannya ditegaskan secara nas, manakala yang lain daripadanya diizinkan kepada mereka yang layak dengan sifat keilmuan dan keluhuran akhlak untuk berijtihad. Undang-undang Islam tidak sekadar menitikberatkan hukumannya didunia sahaja, tetapi mereka yang tidak dihukum di dunia akan dihukum juga selepas meninggal dunia samada di dalam kubur atau setelah dihidupkan semula seadil-adilnya. Allah Subhanahu wa Taala menggalakkan hamba-Nya bertaubat sebelum diketahui oleh pihak yang berkenaan. Mereka juga digalakkan memaaf dalam perkara tertentu. Undang-undang keterangannya pula terlalu ketat. Makin keras hukumannya makin ketat pula syarat-syaratnya, seperti memerlukan empat saksi yang adil dalam perkara zina. Orang yang mengaku bersalah pula mestilah mengaku secara sukarela. Pengakuan orang yang dipaksa, dan dibelasah sehingga lebam tidak sah.

Mereka yang dilantik menjadi hakim bukan sahaja mempunyai kelulusan undang-undang dan mampu mentadbir serta mengendalikan pengadilan. Mereka juga mestilah mempunyai akhlak yang mulia terhadap Allah dan makhluknya. Pihak kerajaan hendaklah meletakkan hakim dalam suasana yang menyenangkan, sehingga proses keadilan tidak diganggu oleh manusia dan keadaan sekeliling. Para hakim diberi amaran yang keras oleh agama.

KEADILAN POLITIK

Keadilan politik yang ditegakkan oleh Islam adalah perkara khilafah dan amanah yang diwajibkan oleh Allah keatas hamba-Nya yang tidak boleh diasingkan daripada perkara hukum Allah yang Maha Adil. Negara yang ditegakkan oleh politik Islam adalah negara yang ditegakkan di atas akidah dan syariahnya.Mereka yang terlibat secara langsung dalam politik Islam samada sebelum memerintah atau selepasnya tidak boleh menganggap bahawa politik adalah peluang untuk mendapat kuasa dan kesempatan untuk melakukan apa sahaja secara sewenang-wenangnya untuk menjadikan rakyat laksana hambanya, dan harta negara sebagai miliknya. Politik adalah amanah Allah yang sangat besar, sehingga tidak tertanggung oleh langit, bumi, bukit-bukau dan gunung-ganang, kecuali mereka yang diberi kekuatan kerana berpegang teguh dengan ajaran Allah yang ditegakkan dalam dirinya dan masyarakat yang dipimpinnya. Fadhilatnya sangat besar dan kecelakaan kerana mengkhianatinya juga sangat besar di dunia dan akhirat. Firman Allah yang maksudnya :

“Sesungguhnya Kami pernah membentangkan amanah kepada langit, bumi, bukit-bukau, gunung-ganang, lalu mereka tidak bersedia untuk memikulnya dan merasa terlalu berat, dan manusia sedia untuk memikulnya, sesungguhnya ia sangat zalim lagi sangat jahil”
(Surah Al-Ahzab : 72)

Adapun mereka yang zalim itu ialah golongan yang tidak melaksanakan janji untuk menegakkan perintah Allah dan menunaikannya. Firman Allah lagi yang maksudnya :

“Tidak termasuk dalam janji-Ku ini orang-orang yang zalim”
(Surah Al-Baqarah : 124)

Adalah terlalu mudah berlakunya penyelewengan politik seperti politik wang dan mengikut selera nafsu apabila politik itu dipisahkan daripada tanggungjawab terhadap Allah. Bila ia terpisah daripada agama atau agama dianggap perkara sampingan daripadanya seperti dalam ajaran sekularisme sekarang, maka politik menjadi barangan lelong yang diperniagakan, dan dianggap peluang pekerjaan yang paling tinggi jawatannya. Ini membawa kepada perebutan dan mempertahankan kedudukan yang menyebabkan berlaku kezaliman kepada manusia. Orang yang mendapat kuasa politik akan berlagak sebagai tuhan dan mereka yang mahu mendapat peluangnya pula terlalu bernafsu yang berlaku di sepanjang sejarah penyelewengan sejak zaman silam.

Islam mewajibkan kepada mereka yang memegang tampuk pemerintahan berpaut dengan ikatan kewajipan agama dalam segala tindakan peribadi dan masyarakat kerana ini akan dibicarakan di mahkamah Allah. Firman Allah yang maksudnya :

“Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kuasa memerintah di bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahaja akibat segala urusan”.

Negara kita sekarang dikuasai oleh golongan politik yang mengadakan hubungan sekali-sekala dengan Allah apabila bersembahyang dan mengerjakan haji sahaja mereka memisahkan kegiatan duniawi mereka dengan Allah subhanahu wataala. Keadilan dan hak ditentukan mengikut akal fikiran mereka. Golongan umara’ dipersenda-sendakan, ahli akademik dikongkong, badan kehakiman diganggu dan pegawai tadbir dirobotkan.



1.UMNO menegakkan cara hidup sekular. Sekularisme sebagai berhala moden.
Ulama’ menta’rifkan bahawa berhala itu diklasifikasikan kepada dua; berhala zahir dan berhala batin. Berhala lahir ialah dalam bentuk berhala yang dapat dilihat, yang bermacam-macam jenis, bentuk serta bahannya. Berhala batin pula ialah berupa fahaman- fahaman, ajaran-ajaaran, idedologi-ideologi dan apa-apa cara hidup yang diciptakan oleh manusia dari semasa ke semasa yang bertentangan dengan Islam. Kesemua berhala di atas dapat digolongkan sebagai Thaghut. Perkara yang mensyrikkan manusia, yang menggugurkan dua kalimah syahadah. Firman Allah yanhg bermaksud:
“ Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan rasul-rasul pada setiap umat ( untuk menyerukan ) : Sembahlah Allah ( sahaja ); jauhilah Thagut itu, maka di antara umat - umat itu ada orang- orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di anataranya orang - orang yang sudah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang - orang yang mendustakan (Rasul- Rasul).
[ An- Nahl: 36]
Sekularisme ternyata merupakan satu ideologi atau fahaman yang menjadi anutan rakyat dan negara Malaysia; samada sedar atau tidak. Dalam satu masa seorang Muslim mengaku bahawa dirinya adalah Islam; dalam masa yang sama juga menganut, memuja menyembah satu fahaman yang lain yang bertentangan dengan aqidah Islam Dan kalaulah begitu, maka daripada segi pengertian tauhid uluhiyah, maka terkeluarlah mereka itu daripada Islam.
Nabi saw ada bersabda yang berbunyi:
“ Akan berlaku sebelum kiamat beberapa fitnah bagai bahagian malam yang gelap-pekat, ( di mana ) seseorang lelaki di waktu pagi sebagai seorang mu’min (beriman dan (apabila) petang menjadi kafir; mukmin di kala petang dan kafir di kala pagi, beberapa golongan menjual ( menukarkan ) agama mereka dengan kepentingan dunia.”- Ini menunjukkan bahawa pegangan manusia itu kerap berbalik-balik tanpa mengira had, masa atau waktu [ Hadith Riwayat AT-Turmidzi:hadis yang Ghorib tetapi pada lahirnya At-Turmidzi menghasankannya]
Kami ingin mengajak saudara-saudara kami yang berada di dalam Umno untuk sama - sama memi- kirkan masalah yang kami bicarakan di atas. Marilah kita sama - sama kembali untuk menemui Allah dalam keadan suci bersih sebagaimana sewaktu kita dilahirkan.
Malaysia sudah mencecah tahun ke- 39 mencapai kemerdekaan. Dalam perlembagaannya menyebut- kan bahawa agama pesekutuan adalah agama Islam. Umno pula mendakwa bahawa perjuangannya adalah berlandaskan Islam, malah Umno diisytiharkan sebagai parti Islam yang ketiga besarnya di dunia. Tetapi alangkah anehnya apabila diperhatikan secara keseluruhannya tentang kehidupan rakyat, maka semakin hari semakin lali, makin menyintai dunia, peratus maksiat bertambah, peratus perzinaan, peratus perogolan, rompakan dan lain-lain jenayah bertambah, yang ramai menghisap dadah ialah orang Melayu Islam yang merupakan peratus terbanyak.
Sudah 39 tahun merdeka, arak dan judi masih halal, lesennya masih dikeluarkan; begitu juga dengan perzinaan. 39 tahun merdeka; masih lagi tidak bercita- cita untuk melaksanakan pemerintahan dan syariat Islam. Masih ragu-ragu lagi dengan Islam. Kalau diambil pun syariat Islam, hanyalah dalam bab nikah kahwin dan cerai sahaja. Firman Allah yang bermaksud:
“ Maka apakah kamu patut beriman dengan setengah kitab dan kufur dengan setengah kitab yang lain nya. Maka tiada balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan mendapat kehinaan di dunia dan pada hari Kiamat nanti akan dikenakan dengan sekuat-kuat azab. ”
( Al- Baqarah: 25 )
Kesan daripada parti Umno yang mengamalkan fahaman sekular itu, daripada laungan para pemimpin nya dari semua peringkat; maka maka lahirlah generasi - generasi yang berfikiran atau yang menyokong, atau yang berdiam diri apabila disebut atau dihuraikan pandangan di bawah:
Islam adalah agama individu yang tiada kena mengena dengan masyarakat dan negara.
Islam adalah agama untuk akhirat sahaja.
Islam adalah agama ibadah yang terkandung dalam dua kalimah syahadah.
Islam tidak boleh dicampuradukkan dengan politik.
Hukum - hukum Islam tidak boleh dilaksanakan kerana ianya adalah kejam dan tidak sesuai pada
zaman ini.
6. Kalau hendak dibandingkan antara undang-undang Islam dan undang-undang ciptaan Barat; yang Barat itu lebih baik daripada Islam.
7. Usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada agamanya sebagai suatu cara hidup adalah bagai usaha memutarkan jarum jam ke belakang.
8. Berdakwah mengikut ajaran sebenar mesti ditentang dan dihapuskan.
9. Iman penting, tetapi boleh dicampuradukkan dengan maksiat dan lain-lain.
Kerana gambaran - gambaran dan tanggapan seperti inilah yang menyebabkan umat Islam pada hari ini berada dalam keadaan yang dapat kita saksikan pada hari ini.
Dr. Mahathir pula, pada awal tahun 1982 pula menganjurkan rakyatnya supaya meniru pula cara hi- dup dan semangat bekerja bangsa Jepun dan bangsa Korea. Setelah melihat kemusnahan kafir barat maka ber- alih pula kiblat ke arah kafir timur. Kenapa tidak kepada Islam? Masih ragu lagikah dengan Islam?
Kami bercita - cita untuk menemui Tuhan kami dalam keadaan yang suci bersih.Tidakkah saudara-saudara sekalian bercita-cita begitu.


BAB SATU

1.0 AL-AHKAM DAN NILAI-NILAINYA

1.1 Definisi al-Ahkam:

Pengertian hukum dari sudut Bahasa Arab ialah: perlaksanaan.
Pengertian hukum dari sudut istilah ialah:

“ Perkara yang dituntut oleh kata-kata Syara’ yang bersangkutan dengan perbuatan orang yang bertanggungjawab, samaada permintaan, memberi pilihan mahupun penetapan.”

1.2 Pembahagian hukum-hukum Syara’.

Hukum Syara’ terbahagi kepada dua kategori iaitu:

*al-Taklifiyyah (bebanan/pertanggungjawaban)
*al-Wad’iyyah (penetapan)

1.3 Hukum Taklifiyyah (Bebanan Atau Pertanggungjawaban)

Terbahagi kepada 5: Wajib, Mandub, Muharram, Makruh dan Mubah.

1.3.1 Wajib

Dari sudut Bahasa Arab: ialah sesuatu yang jatuh atau sesuatu yang mesti.

Dari sudut istilah:

“Apa yang diperintahkan oleh Syarac dalam bentuk kemestian”

1.3.2 Mandub

Dari sudut Bahasa Arab: ialah yang dipanggil.

Dari sudut istilah pula adalah:

“Apa yang diperintahkan oleh syara' tidak dalam bentuk kemestian”

1.3.3 Muharram

Dari sudut Bahasa Arab: ialah yang dilarang.

Dari sudut istilah:

“Apa yang dilarang oleh Syarac dalam bentuk kemestian untuk ditinggalkan”

1.3.4 Makruh

Dari sudut Bahasa Arab: ialah yang dibenci.

Dari sudut istilah:

“Apa yang dilarang oleh Syarac tidak dalam bentuk kemestian untuk ditinggalkan”

1.3.5 Mubah

Dari sudut Bahasa Arab: ialah yang disebarkan dan diizinkan.

Dari sudut istilah:

“Apa yang berkaitan dengannya sebarang perintah mahupun larangan pada dirinya”

1.4 Hukum Al-Wadi'iyyah (Penetapan)

Hukum al-Wadiciyyah ini adalah:

“Apa yang dijadikan oleh Syara' sebagai tanda-tanda untuk sabit, tidak sabit, lulus atau batal”

Hukum ini terbahagi kepada dua iaitu sahih dan fasid.

1.4.1 Sahih

Dari sudut Bahasa Arab ialah: yang terselamat dari penyakit.

Dari sudut istilah pula ialah:

“Apa yang diambil kira kesan-kesan perbuatannya sama ada ibadah mahupun akad”
• Sahih dalam ibadah ialah apa yang perbuatannya menjatuhkan bebanan dan tuntutan.

• Sahih dalam akad pula adalah apa yang diambil kira kesan-kesannya berdasarkan kepada kewujudannya seperti akad jual beli tukar hak milik.

Sesuatu perkara itu tidak akan dikira sahih kecuali apabila ia menepati syarat-syarat dan menjauhi larangan-larangan.

1.4.2 Fasid

Dari sudut Bahasa Arab ialah: sia-sia dan merugikan.

Dari sudut istilah:

“Apa yang tidak diambil kira kesan-kesan perbuatannya sama ada ibadah mahupun akad”

• Fasid dalam ibadah ialah apa yang dilakukannya tidak menjatuhkan bebanan dan tidak pula menjatuhkan tuntutan seperti solat sebelum waktunya.

• Fasid dalam akad pula adalah apa yang tidak diambil kira kesan-kesan ke atasnya seperti jual beli benda yang tidak diketahui.



BAB DUA

2.0 KONSEP USUL FIQH MENURUT PERUNDANGAN ISLAM

2.1 Pengenalan Ilmu Usul Fiqh

Ilmu Usul Fiqh adalah ilmu yang berperanan sebagai Qanun atau Method di dalam mengeluarkan hukum –hukum berlandaskan dalil- dalil yang muktabar. Ilmu ini amat istimewa kerana menggabungkan dua unsur yang penting di dalam mencari kebenaran iaitu nakal dan akal. Kedua-dua ini adalah cahaya yang dapat menerangi manusia kepada Allah dan kebenaran

Al-Imam al-Syafie merupakan orang pertama mengasakan Ilmu ushul fiqh. Berkata imam al-Juwaini dalam syarah al-Risalah ‘ imam al-Syafie adalah orang pertama menulis ilmu Ushul dan pengertiannya'.

Satu cabang ilmu baru wujud dalam system syariat Islam.Ini memudahkan para ahli mujtahid mengeluarkan hukum berdasarkan kaedah asas yang telah ditetapkan dengan cara tersusun.Dimensi baru dalam disiplin berijtihad bermula dan persoalan baru dapat diselesaikan dengan penuh hikmah dan mantap.

2.2 Definisi

Ushul al-Fiqh boleh diberi pengertian daripada dua sudut:

1. Sudut pertama: Daripada sudut erti setiap satu daripada perkataan ‘Ashul’ dan ‘al-Fiqh’ secara berasingan.

-‘Ushul’ adalah jamak (Plural/jamak) kepada perkataan ‘ashl’ yang bermaksud dasar, asas, atau punca yang dibina benda lain keatasnya.
Contohnya: ‘Ashl’ bagi dinding ialah dasarnya. ‘Ashl’ bagi pokok ialah akar yang keluar darinya dahan-dahan.Firman Allah Ta’ala : Surah Ibrahim 14:24

24. Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah Telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,

Al-Fiqh ari sudut pengertian bahasa Arab ialah kefahaman.Sebagaimana firman Allah Taala:
27. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
28. Supaya mereka mengerti perkataanku,

‘Al-Fiqh’ dari sudut pengertian istilah ialah:

Pengetahuan terhadap hukum-hukum Syara’ yang bersangkutan dengan amalan, diambil daripada dalil- dalil yang terperinci.

Apabila digabungkan kedua-dua perkataan manjadi Ushul al-Fiqh sebagai satu gelaran bagi ilmu yang tertentu, maka ilmu ini didefinisikan sebagai:

Satu ilmu yang mengkaji dalil-dalil al-Fiqh yang umum dan cara mengeluarkan hukum darinya serta keadaan orang yang mengeluarkan hukum tersebut.

2.3 Kepentingan Ilmu usul

Tidak dapat dinafikan Ilmu usul merupakan ilmu yang amat penting bagi ulama syarie bagi menjadikan seorang berfikiran luas dan sentiasa bergerak mengikut manhaj. Ilmu usul ini mula disusun oleh Imam syafie kemudian diikuti oleh ulama ulama yang besar seperti qadhi Abu Bakar al-Baqillani,imam Haramain, imam Abu Husain al Basri,imam Ghazali sehingga kini masih lagi ulama kita menulis kitab-kitab usul untuk memudahkan pelajar memahami dan mempelajari secara mendalam.

Ilmu usul ini mempunyai beberapa faedah untuk mujtahid,alim dan muqallid.
Bagi mujtahid dia mampu untuk mengeluarkan hukum daripada kaedah-kaedah usul meliputi semua hukum yang lama dan baru yang tidak dibincangkan oleh ulama lagi. Bagi seorang alim pula dia menimbang pendapat-pendapat ulama seterus mentarjih diantara pendapat-pendapat ulama tersebuat. Pendapat mana yang lebih kuat dari sudut dalil dan dekat kepada Maqasid Syarie. Bagi Muqallid pula dia mampu mengetahui bagaimana seorang mujtahid itu mengeluarkan hukum dan dia berasa tenang dan yakin apa yang dikatakan oleh mujtahid.

Ilmu usul ini perlu diambil berat oleh semua pelajar ilmu Islam,Terdapat sebahagian pelajar tidak berminat dengan ilmu usul kerana dia tidak tahu faedah tentang mempelajarinya dan merasakan susah untuk memahaminya, Dia lebih berminat membaca buku-buku Fiqh, Tasauf, Hadis dan sebagainya lalu dia meninggalkan ilmu yang paling mustahak baginya bagi membentuk dia menjadi yang alim yang kreatif. Percayalah,tanpa mempelajari ilmu usul ini,seorang ulama itu tidak akan kreatif yang hanya menjadi alim kitab sahaja,Dia tidak mampu bergerak untuk menyelesaikan masalah masyarakat dengan efektif kerana dia tidak mempunyai senjata ulama, Ilmu usul merupakan senjata utama ulama.

Sehubungan dengan itu, ilmu usul mempunyai hubungan yang kuat dengan ilmu bahasa,ilmu sains kemasyarakatan dan ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu tafsir dan ilmu hadis. Cuba lihat perbincangan ulama usul di dalam bahasa, contohnya di dalam kefahaman perkataan fiil amarمعاني صيغة الامر,ia mempunyai belasan makna sahaja di dalam ilmu bahasa Balaghah, tetapi di dalam ilmu usul fikh ulama mampu untuk membawa hampir kepada 35 makna seperti yang disebutkan oleh imam Zarkasyi di dalam al-Bahrulmuhit. Perbahasan alfaz begitu mendapat perhatian di dalam ilmu usul, Dengan mempelajarinya menyebabkan akal sesorang alim itu sentiasa kretif dan aktif.

Begitu juga dengan ilmu kemasyarakatan, kaedah Sabru wa Taqsim dan Istiqrak amat penting di dalam ilmu kemasyarakatn bagi menganalisa sesuatu kejadian yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Di sini saya mengajak para pelajar ilmu islam agar mendalami ilmu dan dan mengaktifkannya dengan ilmu Fiqh agar kedua-dua ilmu ini berjalan dengan seiringan seperti mana yang dituntut syara’.

BAB TIGA

3.0 ) KAEDAH FIQH MENURUT ISLAM

3.1) Pendahuluan

Sesungguhnya kaedah fiqh adalah kemajuan di dalam pemahaman fiqh menerusi pemikiran para fuqaha’, bahkan ianya telah menjadi perbincangan fuqaha yang terdahulu dari kalangan para mujtahid dan para sahabat. Hasilnya, para fuqaha’ mampu untuk menghasilkan hukum menerusi kaedah ini, lantas para fuqaha’ mampu untuk mensabitkan hukum apabila berlaku perkara yang baru menerusi ‘illah sesuatu berdasarkan kepada Quran dan Sunnah. Kaedah ini bukan perkara baru yang dicipta akal semata-mata, malah, jika dihayati, beberapa hadith yang diriwayatkan, mengandungi beberapa bentuk-bentuk kaedah fiqh yang jelas. Justeru, kaedah fiqh ini adalah berjalan seiringan dengan pensyariatan dalam Islam begitu juga dalam mengeluarkan hukum dalam beberapa perkara baru.

3.2) Pembahagian Hubungan Kaedah Fiqh Dengan Sumber Pensyariatan.

Pembahagian kaedah fiqh berdasarkan kepada sumber pensyariatan dapat dibahagikan kepada dua :

1) Kaedah yang wujud dari sumber nas hadis itu sendiri kemudian terhasilnya kaedah tersebut disisi fuqaha’.

2) Kaedah yang diambil dari nas pensyariatan yang umum yang mempunyai illah tertentu.


3.3) Kaedah Yang Terbina Terus Dari Nas Nabawiah

Kaedah yang diambil adalah berdasarkan kepada hadis-hadis nabi dan kemudian para fuqaha’ mengambilnya sebagai kaedah fiqh. Sebagai contoh apa yang dinyatakan dalam Majalla Al-ahkam al-Adliyyah beberapa kaedah yang diambil terus dari hadis nabi. Antaranya ialah :


1) Tidak mudarat dan memudaratkan

لاضرر ولا ضرار

2) Keterangan dari tangan pendakwa dan sumpah atas siapa yang ingkari

البينة على المدعى واليمين على من أنكر

Dapat dilihat di sini ialah, kaedah fiqh bahagian ini adalah yang digunakan dalam perbahasan hukum, diambil terus hadis rasulullah sendiri dan bukanlah dari akal semata-mata. Disiplin hukum di dalam Islam adalah menolak apa jua bentuk atau perkara yang bukan tercipta dari nas-nas Islam.

Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan Bukhari yang bermaksud “ sesiapa yang mencipta sesuatu perkara dalam urusan agama, sedangkan perkara itu bukan bersumberkannya, maka ia ditolak”. Menurut Ibnu Rajab, hadis ini menyatakan tiang utama dalam asas-asas Islam. Ini kerana setiap amalan yang dibuat bukan bersumberkan kehendak Allah dan rasul, maka perbuatan itu tidak mendapat apa-apa balasan dan ianya ditolak.

Dalam konteks perbahasan kaedah fiqh ini, makan ianya jelas diilhamkan terus dari nas hadis nabawiah yang mempunyai keluasan dan umum untuk diterima pakai dalam mana-mana hukum yang ingin dikeluarkan.

3.4) Kaedah Fiqh Yang Diambil Berdasarkan Kepada Nas-Nas Pensyariatan

Dalam bahagian ini, Kaedah fiqh yang terbina adalah berdasarkan kepada nas-nas dari quran mahupun hadis. Berbeza dengan bahagian yang sebelumnya, kerana kaedah ini tidak diambil terus dari hadis nabi, malah, ianya dapat difahami dari nas-nas tersebut kemudian disimpulkan kaedah padanya. Antara kaedah-kaedah yang diambil berdasarkan nas-nas pensyariatan ialah:


3.4.1 ِِAl-Umur Bi Maqosidiha (الأمور بمقاسدها)

Kaedah ini adalah kaedah yang paling penting dan merupakan asas dalam fiqh Islami kerana sebahagian besar perkara fiqh adalah berkisar dalam perkara niat. Adapun asal kepada kaedah ini adalah berdasarkan hadis nabi;
“Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya setiap perkara itu adalah berdasarkan kepada apa yang diniatkan”

Antara yang meriwayatkan hadis ini adalan Imam Bukhari yang telah mengulangi hadis ini dalam beberapa bab yang pelbagai seperti dalam wudhu’, solat, zakat, haji, puasa, dan hukum-hukum yang lain. Sebahagian besar di kalangan para ahli hadis ingin menjadikan hadis ini sebagai permualaan setiap bab fiqh. Menurut Imam Nawawi dalam Riyadah Assolihin, menyatakan hukum-hukum syariah dalam apa-apa perkara adalah berdasarkan kepada niatnya. Ini kerana setiap insan yang melakukan sesuatu perkara berdasarkan kepada niat-niat tertentu dan dikira berdasarkan niat tersebut. Namun dapat difahami berdasarkan kepada kaedah ini adalah jika sekiranya niat semata-mata, tanpa bersamanya perbuatan, maka ianya tidak terkesan kepada hukum. Sebagai contoh, seseorang niat untuk mentalakkan isteri, tidak akan terjatuh talak hanya sekiranya niat di hati.

3.4.2 Addhorar Yuzal (الضرر يزال)

Kaedah ini antara kaedah yang meliputi kebanyakan fiqh Islami dan pengaplikasiannya di dalam beberapa bidang fiqh. Sesungguhnya sifat hukum-hukum Islam adalah meraikan manfaat kepada manusia dan menghalang apa jua bentuk kemudharatan. Bila membincangkan soal kemudharatan, tak dapat tidak untuk membincangkan bersama maqasid syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, keturunan, harta dan maruah.

Kaedah ini muncul berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-hakim, dari Abi Said al-Khudri, dari rasulullah menyatakan bahawa :

"لاضرر ولا ضرار. من ضار ضاره الله"

Dalam membincangkan perkataan dhorar dan dhirar, beberapa ulama’ telah mendatangkan pentakrifan padanya. Antaranya yang dinyatakan oleh al-Khusyani, dharar bermaksud yang pada kamu ada manfaat tetapi ada mudharat pada jiran kamu. Manakala dhirar ialah tiada padanya manfaat begitu juga pada jiran kamu.

Ada yang mengatakan bahawa dharar dan dhirar seperti bunuh dan pembunuhan. Dharar adalah melakukan kemudharatan kepada siapa yang tidak memudharatkan kamu, manakala dhirar adalah memberi kemudharatan kepada siapa yang memberi kemudharatan kepada kamu.

Menurut Allamah Ibnu Atsir dalam kitabnya ‘Annihayah’, la dharar bermaksud tidak memudaratkan seseorang akan saudaranya, iaitu menafikan sesuatu dari hak saudaranya, manakala addhirar bermaksud proses dalam kemudharatan itu.

3.4.3 Al-Yaqin La Yazulu Bi al-Syak(اليقين لا يزال بالشك)

Yakin dari sudut bahasa bermaksud mengakui sesuatu, manakala dari sudut istilah bermaksud kesungguhan dengan hati berlakunya sesuatu atau tidak berlaku sesuatu itu. Jika seseorang itu tiada yakin, maka ia jatuh kepada ‘Zan’ iaitu keraguan. Manakala syak adalah bermaksud serba salah, manakala dari sudut istilah ianya bermaksud serba salah samaada perbuatan itu berlaku ataupun tidak. Ianya juga bermaksud tiada yang menguatkan diantara berlaku atau tidak berlaku.

Kaedah ini secara umumnya bermaksud sesuatu yang diyakini oleh seseorang tidak akan dibatalkan dengan sesuatu yang syak kecuali dihilangkan dengan keyakinan seumpamanya.

3.4.4 Al-Musyaqqah Tajlibu At-TTaisir (المشقة تجلب التيسير)

Kaedah ini juga merupakan salah satu asas utama dalam syara’ kerana ianya adalah kaedah yang umum yang meliputi sifat keseluruhan hukum Islam.
Allah berfirman:

‘Allah inginkan keatas kamu kesenangan (kemudahan) dan Allah tidak inginkan kesusahan (kepayahan)’ (surah al-Baqarah-185)

‘Allah tidak akan pertanggungkan seseorang itu kecuali dengan apa yang mampu ditanggungi’ (surah al-Baqarah 286)

Menurut Imam Ibnu Hajar, dinamakan Islam itu sebagai agama yang mudah berbanding umat-umat yang terdahulu. Sebagai contoh, umat terdahulu cara untuk bertaubat adalah dengan membunuh diri mereka sendiri, tetapi pada umat ini, cukup memadai dengan penyesalan dan kesungguhan.

3.5 Kepentingan Ilmu Kaedah Fiqh Menurut Pandangan Ulama’.

Kepentingan ilmu kaedah fiqh tidak dapat dinafikan lagi kerana ianya kaedah yang diterima pakai oleh kebanyakan mazhab. Selepas dibukukan dan ditulis, kaedah ini menjadi lebih utuh dan dikenali.

Menurut Imam al-Qurafi dalam kitab ‘al-Furuq’ menyatakan bahawa kaedah ini penting dalam permalasahan fiqh, ianya menyingkap manhaj dalam mengeluarkan fatwa. Menurut Abu Abdullah Muhammad Bin Ali Bin Umar al-Mazuri al-Maliki dalam kitab ‘al-Muallim’ menyatakan bahawa, maka jadikanlah ilmu Kaedah Fiqh ini sebagai kayu ukur dalam fatwa, dan pada ilmu ini jugalah terkumpulnya kata-kata ulama’ yang terdahulu dan inya adalah seni dalam fatwa. Dapat disimpulkan di sini beberapa kepentingan ilmu ini, antaranya :

A) Kaedah fiqh ini berperanan dalam meringankan pengambilan hukum fiqh dengan cara menyusun masalah fiqh yang furu’ dengan satu cara atau kaedah yang umum. Kalau lah tanpa kaedah ini, maka masalah furu’ akan bertentangan antara satu sama lain tanpa ada asal yang boleh dipegang.

B) Mempelajari kaedah ini, mampu untuk menjaga dan memelihara masalah fiqh yang banyak yang saling bertentangan dengan menjadikan kaedah ini cara untuk menghadirkan hukum.

C) Mendidik para pengkaji ilmu untuk mengeluarkan hukum dengan kaedah tersebut.

3.6 Kepentingan Kaedah Fiqh Dalam Menentukan Hukum Pada Masa Kini:


1) Kita mengakui keadaan zaman ini sudah banyak perubahan yang berlaku dan membuka kepada beberapa permasalahan yang baru yang belum dibincangkan di kalangan ulama’ yang terdahulu. Justeru perlu adanya jawapan dalam permasalahan tersebut di dalam Islam. Adalah mustahil, untuk mengeluarkan hukum atas nama hukum fiqh Islam jika sekiranya tidak disandarkan kepada sumber pensyariatan di dalam Islam. Antara lain, dengan penguasaan dan pemahaman kaedah fiqh ini, ianya mampu untuk dijadikan sandaran dan disiplin dalam mengeluarkan sesuatu hukum selain bersandarkan kepada ilmu usul fiqh, maqasid fiqh dan lain-lain.

2) Oleh kerana terdapat banyak perkara baru yang muncul, timbul golongan yang mempersiakan nas syarak dengan mengatakan ianya tidak mengikut kesesuaian zaman. Kesannya timbul golongan yang mengeluarkan hukum berdasarkan hawa nafsu dan akal semata-mata. Tanpa disedari bahawa kaedah fiqh ini adalah salah satu cabang keluasan dalam fiqh Islam yang membuka ruang kepada apa jua masalah yang timbul tetapi berlandaskan batasan syarak yang diterjemahkan di dalam kaedah fiqh tersebut.

3) Antara nikmat yang hilang di kalangan umat Islam hari ini adalah pengamalan ijtihad dalam fiqh. Hilangnya amalan ijtihad hari ini memandulkan umat Islam dan menyebabkan mereka terkongkong dalam dunia fiqh yang sempit dan berkecamuk. Tanpa membura ruang kepada perbahasan yang baru, menjadikan fiqh Islam tidak relevan setiap masa. Sedangkan Islam telah menetapkan kaedah dan disiplin yang umum untuk menjawab permasalahan itu.

4) Dengan kaedah fiqh yang dirungkaikan, pintu ijtihad yang dlihat sudah tertutup, mampu dibuka kembali dan menyemai budaya ilmu dalam masyarakat Islam
.
5) Kaedah fiqh ini mendidik para penganut Islam supaya bersikap terbuka tetapi di dalam batas-batas yang ditetapkan syara’. Keterbukaan ini, mampu mengembangkan fiqh Islam dan menghalang pengambilan hukum berdasarkan akal semata-mata tanpa di sana adanya nas yang jelas menyokong hukum tersebut.


BAB EMPAT

4.0 MAQASID AL-SYARI’AH MENURUT ISLAM

4.1 Definisi

Maqasid al-syariah bermaksud tujuan atau matlamat syarak dan rahsia-rahsia disebalik hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. syariat bertujuan untuk memberi kebahagian kepada individu dan komuniti di dalam memelihara undang-undang untuk mentadbir dunia bagi mencapai kebaikkan dan ketamadunan (Ibn Ashur. 1978: 51)
Mengikut penafsiran Ibnu Ashur (1978: 18) pula, definasi maqasid syari’ah dibahagi kepada dua iatu maqasid umum dan maqasid khusus. Yang dimaksudkan dengan maqasid umum adalah makna-makna, hikmah-hikmah dan matlamat yang dikenal pasti menjadi asas kepada al-syari’ah dalam pensyariatan kepada kesemua hukum-hukum.

Sebahagian besarnya yang diperolehi melalui penilaian yang tidak terhad hanya kepada pengkajian jenis-jenis tertentu sahaja daripada hukum-hukum tersebut., akan tetapi diperolehi melalui penilaian hukum secara menyeluruh , antaranya untuk menjaga system, mengarahkan aktiviti dan tindakan manusia kearah yang mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan. Maqasid khusus pula adalah makna-makna atau hikmah-hikmah yang dikenal pasti menjadi tujuan syariat dalam bab jenayah,muamalat, munakahat dan sebagainya (Ibn Ashur 1978: 78)

Berdasarkan defenasi diatas, boleh disimpulkan disini bahawa maqasid al-syari’ah adalah makna atau hikmah yang dikenal pasti melalui pensyariatan sama ada secara umum atau khusus, untuk kebaikan umta manusia, sama ada dalam urusan seharian dan kehidupan mereka didunia dan diakhirat.

4.2 Dalil Dan Kepentingan Maqasid Syari’ah

Terdapat banyak dalil yang membuktikan dan menunjukkan bahawa maqasid syari’ah adalah untuk meraikan kemaslahatan manusia sejagat. Antaranya adalah firman Allah S.W.T

Maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Allah Taala berfirman :


Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami Dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat Yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan Yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan

Maksudnya: Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam).
Maqasid al-syari’ah amat diperlukan dalam mengistinbat atau menilai sesuatau hukum bagi permasalahan kontemporari yang tidak ada nas mengenainya melaui metode al-qiyas, al-istihsan dan seumpamanya (al-Zuhayli 2001: 1046)

4.3 Bahagian Maqasid Syari’ah

Para ulamak’ membahagikan maqasid syariah dalam tiga bahagian:

1) Al-Dharuriyyat
2) Al- Hajiyyat
3) Al- Tahsiniyyat

4.3.1 Pengertian al-Dharuriyyat

Al- dharuriyyat diertikan dengan sesuatu yang mesti ada demi untuk mencapai kemaslahatan agama dan dunia. Ketiadaannya akan menyebabkan berlakunya kerosakan dan kehilangan kehidupan serta susah untuk mencari makan, minum, melakukan ibadah dan sebagainya. Maslahah atau maqasid dharuriyah ini terdiri daripada lima perkara iatu menjaga agama ( al-din ), menjaga jiwa ( al-nafs) menjaga keturunan (an-nasl), menjaga harta (al-mal) menjaga akal( al-aql). (al-Syatibi t.th :8)

Al-dharuriyyat merupakan maslahah yang terpenting berbanding dengan hajiyyat dan tahsiniyyat. Ini kerana seluruh sistem hidup manusia amat bergantung kepadanya dan sekiranya maslahah ini tidak dipenuhi, maka kehidupan manusia akan menjadi pincang dan manusia akan kehilangan nikmat yang abadi serta berhadapan dengan azab siksa daripada Allah di akhirat kelak. (Ad-dasuki& Al-Jabir 1999:43)

Hal ini ternyata berbeza dengan maslahah-maslahah hajiyat dan tahsiniyat kerana ketiadaan kedua-dua kategori maslahah tersebut tidak akan sampai menyebabkan berlaku kepincangan kepada system hidup manusia. Walaubagaimanapun, untuk memberi kemudahan dan menghapuskan kesulitan manusia, maslahah hajiyat tetap juga penting untuk dipenuhi dan disediakan

4.3.2 Dalil al-Dharuriyat al-Khamsah

Diantara dalil yang menjadi sandaran kepada al-Dharuriyat al-Khamsah ini ialah
Firman Allah Taala:

Maksudnya: . Katakanlah: "Marilah, supaya Aku bacakan apa Yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, Iaitu janganlah kamu sekutukan Dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah Yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - Yang terang daripadanya dan Yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa Yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan Dengan cara Yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya Dengan sendiri); dan sempurnakanlah Segala sukatan dan timbangan Dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang Dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".

4.4 MASALAH DHARURIYATHIFZ AL-MAL(MEMELIHARA HARTA)

4.4.1 Pengertian Hifz Mal

Hifz mal atau memelihara harta merupakan sebahagian daripada keperluan bagi manusia untuk hidup. Harta pada hakikatnya adalah milik Allah dan manusia bertindak sebagai pemegang amanah yang mana penggunaannya perlu menuntut keteapan syarak (Amir Husin 1992:113)

Harta menurur pandangan Mazhab Hanafi merupakan benda atau barang yang boleh dikawal dan kebiasaannya boleh diambil faedah daripadanya. Manakala bagi pandangan jumhur ulamak, bermaksud setiap perkara (barang) yang ada harga (nilai) jika dirosakkan, maka orang yang merosakkan itu mestilah membayar ganti rugi (al-Zuhaily 2005:41-43)

Seterusnya hak milik dalam pandangan syarak bermaksud hubungan manusia dengan harta yang diakui oleh syarak dimana harta itu dikhaskan baginya yang menghalang orang lain campur tangan tentangnya. Maka kepemilikan dalam hukum islam dibahagikan kepada dua jenis bahagian (al-Zuhaily 2005: 57-59)

i) kepemilikan sempurna yang bermaksud memiliki zat sesuatu benda bersama dengan manfaatnya dan segala hak yang diakui ialah tabiat untuk pemilik tersebut

ii) kepemilikan tidak sempurna bermaksud memiliki zat harta sahaja atau manfaatnya sahaja.

4.4.2 Dalil Syarak Berkaitan Hiz al-Mal

Firman Allah Taala:

, kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (al-Nisa :29)

4.5 PERANAN SYARI’AH DALAM MEMELIHARA HARTA

4.5.1 Hifz al-Mal Sebagai Matlamat Syari’ah

Dalam kehidupan manusia, harta merupakan unsure terpenting dimana harta itu pada umumnya digunakan dalam aktiviti muamalah dan hubungan manusia sesame manusia seperti jual beli, sewa menyewa,wasiat dan lain-lain. Maka penjagaan harta tidak hanya diutamkan kepada kepemilikan harta yang bersifat individu, tetapi juga ditekankan kepada kepemilikan umat islam secara am. Oleh itu, para pemegang kuasa seperti polisi umat islam dituntut untuk menjaga harta umat islam, baik penjagaan yang berhubungkait dengan wujudnya perputaran harta muslim dengan non muslim ataupun sesame umat islam.

4.5.2 Memelihara Harta Dari Segi Kewujudannya

Penjagaan terhadap harta menuntut pertanggungjawaban seseorang untuk menjaga harta yang diamanahkan kepadanya
Selain itu, penjagaan terhadap harta juga mewajibkan seseorang untuk menghormati harta orang lain, sehingga diwajibkan membayar ganti rugi daripada setiap keorsakkan yang dilakukan terhadap harta tersebut. (Ibn Ashur 2001:473-474)

4.5.3 Dorongan mencari harta

Harta merupakan aset yang penting bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia. Allah menggalakkan umat islam untuk mencari harta yang sememangnya dikurniakan dan disediakan untuk manusia sebagaimana firman Allah:

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

4.5.4 Memelihara Harta Daripada Kerosakkan Dan Kemusnahan

Selain daripada aspek kewujudan harta , Allah meletakkan kaedah tegahan dan hukuman bagi menjamin pemeliharaan harta individu atau masyarkat daripada sebrang kerosakkan atau kemusnahan.

4.5.5 Pengharaman Jenayah Mencuri

Syariat Islam mengkategorikan kesalahan mencuri termasuk dalam hukuman hudud kerana mencuri dianggap telah melanggar hak orang lain. Hukuman terhadap orang yang mencuri diterjemahkan melalui firman Allah:

Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

4.5.6 Pengharam Riba

Riba merupakan amalan yang dianngap oleh islam sebagai mngambil harta orang lain secara tidak sah. Ia merupakan satu penindasan dari orang yang berkemampuan ke atas golongan yang miskin atau tidak berkemampuan. Pengharam riba dinyatakan dalam al-Quran

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

4.5.7 Pengharaman judi

Bagi memelihara harta, islam telah mengharamkan judi kerana ia merupakan jalan kepada kemusnahan harta dan kekacauan dalam masyarakat. Orang yang berjudi dianggap sebagai orang yang membazirkan harta. Pengharam judi dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya

Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

PENUTUP

Berdasarkan perbahasan diatas kita dapati hikmat perundangan Islam ini jelas menunjukkan bahawa ia merupakan syariat Islam yang sangat penting bagi memahami asas, tujuan dan hikmah sesuatu hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Agama Islam menjaga seluruh aspek kehidupan manusia dunia dan akhirat .Sifat kesyumulan inilah yang membezakan Islam dengan agama-agama lainnya dan ketinggiannya sebagai ad-din sebagai cara hidup manusia sejagat.Mengapa manusia masih lagi buta mata hatinya melihat keunggulan Islam dan kesempurnaanya.Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah al-Maidah, ayat 3:

.Maksudnya: Pada hari ini telah KUsempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah KU-cukupkan kepadamu nikmatKU, dan telah KU ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah:

1. Dalam menentukan hukum, di sana ada disiplin-disiplin yang telah ditetapkan dalam mengeluarkan sesuatu hokum,inilah yang dinamakan kaedah.

2. Mereka yang mahir dan fakih dalam kedua-dua bidang ilmu ini,dia mampu dan berupaya menyelesaikan segala permasalahan baru yang timbul tanpa terhad kepada tempat dan masa.

3. Sebagai salah satu wadah atau senjata dalam menepis tombahan yang dilontarkan musuh –musuh islam yang melabelkan islam ini agama jumud, tidak relevan dan menyekat pembangunan tamadun manusia.

Allah Taala tatkala mencipta manusia , dalam ilmunya dia telah mengetahui bahawa manusia ini makhluk yang berfikir dan bertamadun.Oleh itu satu syariat yang amat sesuai perlu ada untuk menjaga dan membawa Maslahah dan menolak Mafsadah.


RUJUKAN

Al-Quran dan terjemahan.1997. Kuala Lumpur: Pustaka Antara
Muhammad shalih al-Utsaimin, Pengenalan ringkas kepada ilmu Ushul al-Fiqh.
Abdul Malik bin Abdullah al-Juwaini, 2003,Matan al-Warakat fi al-Ushul al-Fiqhi,
Dar al-Salam.
Al-Zarkasyi, Badruddin Muhammad bin Bahadir, al-Bahru al-Muhit fi Ushul al-Fiqh, 2003,
Beirut,Lubnan.Dar al-Kutub al-lmiah.
Al-Syatibi, Ibn Ishak.1997. al-Muafaqat. Arab Saudi: Dar al-Fikr
Al-Zuhaily. Wahbah.2001. Usul al-Fiqh al-Islami. Jil 2. Damsyiq: Dar al-Fikr
Amir Hussin Mohd Nor dan Abdul Basir Mohamad. 2002. Falsafah Perundangan Islam. Mahzun Books Services: Selangor
Ibn Asyur, Muhammad al-Tahir. 1978. Maqasid al- syaariah al-Islamiah. Tunis: Syirkah al-Tunisiyyah Li al-Tauzi


PANEL Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa membuka semula semua siasatan kes rasuah yang tergendala kerana campurtangan politik atau membubarkan SPRM yang tidak lagi relevan sebagai Suruhanjaya Bebas yang berintegriti.
Yang Di Pertua PAS Kota Belud, Ustaz Muataqim Aling membuat gesaan demikian memandangkan terdapat bukti yang nyata terhadap dakwaan yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk terhadap Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli dan Adun Usukan Datuk Japlin Akim yang kertas siasatan telah dibuka.
“Namun sehingga ke hari ini, kes berkenaan diperap di pejabat SPRM setelah Mantan Pengarah Sabah, Puan Hajjah Latifah Md Yatim ditukarkan serta merta ketika sedang menyiasat kes Ketua Menteri Sabah dan kroninya seperti Japlin dan Musbah,” ujar Mustaqim yang agak kesal kerana SPRM seolah-olah ‘Harimau yang tidak bergigi dan kepatahan kuku’.
Menurut Mustaqim, rakyat mengeluh terpaksa menerima pemimpin yang rasuah seperti Adun Tempasuk yang sebelum ini dituduh dan disiasat kerana melakukan 11 kes rasuah setelah seorang pengundi berdaftar memfailkan laporan rasmi terhadap Musbah pada 21 Februari 2008, namun Musbah terlepas saringan, dipilih menjadi calon dan memenangi kerusi Dun Tempasuk pada pilihanraya umum lalu.
Setelah menjadi Adun, kata Mustaqim, kes Musbah dimasukkan ke ‘bilik beku’ SPRM dan sehingga kini beliau bebas melakukan rasuah melalui jawatan yang beliau sandang sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.
“Saya harap agar Panel Siasatan SPRM yang dianggotai oleh Lembaga Panel Rayuan dan Siasatan dapat membuka semula semua kes atau dakwaan terhadap Musbah bagi memulihkan imej buruk SPRM sebagai institusi penguatkuasa yang boleh dirunding atau berlaku tawar menawar untuk menutup kes,” ujar Mustaqim yang menyenaraikan semula 11 Dalil atau pertuduhan terhadap Musbah Jamli seperti berikut;
DALIL PERTAMA:
Musbah bin Haji Jamli telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Supernesa Sdn.Bhd mempengaruhi ahli Lembaga Pengarah dan kedudukan syarikat GLC bagi memperoleh projek untuk kepentingan diri.
DALIL KEDUA:
Musbah telah mempengaruhi Lembaga Pengarah untuk melantik semula Abdul Razak Bin Awang yang sepatutnya bersara pada 28 Jun 2005 secara kontrak sebanyak tiga kali bagi menjaga kepentingannya dalam projek-projek syarikat.
DALIL KETIGA:
Musbah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Supernesa Sdn.Bhd. untuk mempengaruhi Lembaga Pengarah bagi melaksanakan projek bermasalah iaitu projek Cadangan Merekabentuk dan Membina Projek SMK Tambulion, Kota Belud bernilai RM11,626,589.00 yang tidak dapat disiapkan oleh syarikat Pemborong Jadi Besar (milik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud-Awadnir Matanggal). Melalui Pengurus Supernesa Sdn.Bhd, Musbah telah mempengaruhi Lembaga Pengarah melantik syarikat baru iaitu MK Tegap (M) Sdn.Bhd yang mempunyai modal berbayar RM100,000 sebagai sub-kontraktor projek berkenaan di mana separuh (50%) daripada saham syarikat berkenaan dimiliki oleh kakitangan Supernesa Sdn.Bhd yang berjawatan Pemandu iaitu Abdul Gani Bin Mustapha yang sebelum ini bekas pemandu peribadi beliau.
DALIL KEEMPAT;
Musbah turut mempengaruhi Lembaga Pengarah untuk memberi pinjaman kepada MK Tegap (M) Sdn.Bhd yang mengalami masalah aliran tunai sebanyak RM500,000 sehingga projek berkenaan tidak memberi keuntungan kepada Supernesa Sdn.Bhd. MK Tegap (M) Sdn.Bhd dipercayai syarikat milik beliau dan mempergunakan Supernesa Sdn.Bhd sebagai GLC untuk mendapatkan perolehan peribadi.
DALIL KELIMA;
Musbah telah menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Supernesa Sdn.Bhd melaksanakan projek pembangunan di atas tanah CL015494934 di Menggatal, milik Kementerian kewangan Sabah. Musbah mempengaruhi Lembaga Pengarah yang bersetuju melantik Hardie Development Sdn.Bhd menjalankan projek berkenaan. Taksiran harga tanah berkenaan disusutkan kepada satu pertiga daripada nilai sebenar (tahun 2002) untuk mengurangkan kos pembangunan tetapi sebaliknya mengurangkan perolehan Supernesa Sdn.Bhd dan Kementerian Kewangan.
DALIL KEENAM;
Musbah turut mempengaruhi Lembaga Pengarah supaya tidak mengambil tindakan ke atas Hardie Development yang lewat melaksanakan projek berkenaan kerana dipercayai Musbah mempunyai kepentingan peribadi dalam projek ini dan syarikat berkenaan.
DALIL KETUJUH;
Musbah telah mendesak Supernesa Sdn.Bhd agar melambatkan pembayaran kemajuan kerja yang dilaksanakan oleh Malanta Sdn.Bhd iaitu kontraktor bagi projek Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Jalan Tungku Lahad Datu. Musbah secara paksa mengarahkan Malanta Sdn.Bhd melantik dua sub-kontraktor iaitu Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd yang dibayar komisyen pada kadar tetap iaitu 3 peratus dan 6.18 peratus daripada jumlah tuntutan bayaran kemajuan kerja Malanta Sdn.Bhd seperti berikut;
Pada 3 Ogos 2007, sejumlah RM2,202,135.40 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM72,741.75 (3%) dan RM149,848.01 (6.18%).
Pada 5 Oktober 2007, sejumlah RM1,585,770.71 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM52,381.77 (3%) dan RM107,906.44 (6.18%).
Pada 13 Disember 2007, sejumlah RM1,924,446.70 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM63,585.56 (3%) dan RM130,986.24 (6.18%).
Pada 28 Januari 2008, sejumlah RM531,534.06 atau 90.82% telah dibayar kepada Malanta Sdn.Bhd. Manakala Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd dan Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd telah dibayar masing-masing RM17,805.57 (3%) dan RM36,679.48 (6.18%).
DALIL KELAPAN;
Musbah mengarahkan Pengurusan Supernesa Sdn.Bhd. untuk membuat pembayaran terus kepada kedua-dua syarikat berkenaan dan pembayaran telahpun dilakukan sebanyak empat kali pada kadar yang sama membuktikan kedua-dua syarikat berkenaan milik Musbah yang dipegang oleh proksi beliau kerana syarikat berkenaan menggunakan alamat yang sama dengan MK Tegap (M) Sdn.Bhd.
DALIL KESEMBILAN;
Musbah menggunakan kuasanya bagi mempengaruhi Pengurusan Supernesa Sdn.Bhd bagi merahsiakan masalah sebenar bagi projek SPNB Inanam, Kota Kinabalu daripada Lembaga Pengarah dan LPPB. Projek berkenaan telah digantung pada 13 Februari 2007 kerana kesemua tapak tanah projek telah dikaveatkan oleh pemilik tanah kdisebabkan kontraktor iaitu Ecomahir Sdn.Bhd. belum menjelaskan bayaran sebanyak 60 peratus kepada pemilik tanah walaupun bayaran penuh telah dibuat oleh Supernesa Sdn.Bhd. Pemilik tanah telah melaporkan perkara ini kepada polis dan telah disiasat di bawah Jenayah Komersil. Musbah dipercayai mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan dan telah mendapat komisyen atas pembayaran tanah berkenaan dan amat menghairankan bayaran pendahuluan masih dibayar kepada Ecomahir Sdn.Bhd walaupun projek tersebut masih digantung.
DALIL KESEPULUH;
Musbah telah mengarahkan Pengurus Supernesa Sdn.Bhd membatalkan perlantikan Pasti Utama Sdn.Bhd sebagai Kontraktor Utama dan menggantikannya dengan Norisham Construction & Development Sdn.Bhd tanpa mendapat persetujuan dari Lembaga Pengarah projek SPNB, Jalan Apas, Tawau. Pasti Utama Sdn.Bhd telah menyaman Supernesa tetapi gagal dalam samannya atas sebab teknikal. Bagaimanapun kontrak projek SPNB mengkehendaki kontraktor menyediakan dua buah kenderaan iaitu Toyota Harrier dan Perodua Kembara untuk kegunaan pegawai SPNB. Anehnya kedua-dua kenderaan berkenaan didaftarkan atas nama MK Tegap (M) Sdn. Bhd.
DALIL KESEBELAS;
Musbah telah mengarahkan Pengurus Supernesa Sdn.Bhd supaya tidak membuat pembayaran terus kepada sub-kontraktor yang dilantik kontraktor utama, Kina Permai Construction Sdn.Bhd iaitu Waishun Saujana Sdn.Bhd bagi projek SPNB Laya-Laya , Tuaran. Musbah turut mendesak Pengurus Supernesa Sdn.Bhd memberi pendahuluan kepada Kina Permai Construction Sdn.Bhd walaupun projek ini lewat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Waishun Saujana Sdn.Bhd telah menyaman Kina Permai Construction Sdn.Bhd kerana tidak menerima bayaran walaupun tuntutan projek telah dibayar oleh Supernesa Sdn.Bhd.
Dalam pada itu semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Abdul Gani Mustapha memegang 50% saham di dalam MK Tegap (M) Sdn.Bhd bernilai RM50,000 dan turut menjadi Pengarah Urusan. Manakala pemegang saham lain terdiri daripada Zatizam Zahari, Jacob Jang Ifang, Cheing Lee Chang, Lim Chong Mee, Faridah Ghazali dan Wong Rieyang.
Syarikat-syarikat berikut menggunakan alamat yang sama dan melaksanakan projek SPNB yang dilaksanakan oleh Supernesa Sdn.Bhd iaitu Jasmin Architect, MK Tegap (M) Sdn.Bhd, MK Tetap Sdn.Bhd, Norisham Construction & Development Sdn.Bhd, Sungai Liwagu Estate Sdn.Bhd, Sungai Liwagu Construction Sdn.Bhd dan Ablelead Management Consultan Sdn.Bhd. berpejabat di premis Supernesa Sdn.Bhd di Lot 28 & 29, Tingkat 1, Blok C, Bundusan Commercial Centre, Jalan Bundusan, Penampang, 88300 Kota Kinabalu.
Sebelum ini, laman web Malaysia Today pernah menyiarkan beberapa kes Musbah seperti Skandal Seks, Skandal Cukai dan Penggubahan Wang Haram, namun SPRM terkejut kerana Musbah dibenarkan bertanding pada pilihanraya lalu setelah Mantan Pengarah BPR Sabah, Datuk Mohd Shukri Abdull telah mendesak Perdana menteri menggugurkan Musbah sebagai calon pada Pilihanraya Umum 2004.
Selepas pendedahan Malaysia Today, Musbah telah menjelaskan tunggakan cukai yang tidak pernah ditaksirkannya sejumlah RM500,000, tetapi SPRM masih tersilap pandang dan menganggap tiada kes sekalipun Musbah mendapatkan wang berkenaan daripada sub-kontraktor yang menjalankan Supernesa Sdn.Bhd.
Musbah turut mengancam untuk menyaman Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Zainuddin Hassan @ Simon jika enggan menarik balik kenyataannya di Malaysia Today berhubung taksiran cukai Musbah, namun apabila Zainuddin bertegas Musbah belum memfailkan sebarang saman sehingga kini.
Pada pilihanraya lalu Musbah berhadapan dengan dua calon iaitu Laiman Ikin @ Ag Laiman Kakimin (PKR) dan Ibrahim Linggam (Bebas), namun Laiman mempunyai peluang untuk mencantas Musbah dalam arena politik sekiranya Ibrahim menarik diri dan Laiman bijak mempergunakan segala skandal Musbah yang telah didedahkan di Malaysia Today, termasuk Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik ipar serta ijazah palsu; namun akibat kekurangan logistik, calon PKR kecundang.



Sejak Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan. Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti. Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.

TAKRIFAN DAN LATAR BELAKANG SEJARAH

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai:

“satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara.”

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922. Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara. Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik. Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain. Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan “kerajaan perpaduan” sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka. Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

HALANGAN KEARAH PENCAPAIAN

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip ‘perwakilan berkadar’ (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan ‘kerajaan perpaduan’?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

KERAJAAN PERPADUAN: PERANAN PAS

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut:

1.
Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.
2.
Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.
3.
Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip ‘pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif’.
4.
Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan ‘kerajaan perpaduan’ memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan.



Lawrence Braoun berkata: "Apabila bangsa Arab sebagai basis umat Islam dan negara-negara Islam seluruh dunia bersatu, maka mereka akan membahayakan kita dan seluruh dunia. Kalau mereka tetap berpecah belah, mereka tidak punya arti dan kekuasaan apapun. Kita bebas untuk menginjak dan menyeret mereka. Karena itulah, bangsa Arab dan kaum Muslimin seluruh dunia harus tetap berpecah belah, agar mereka tetap dalam tidur dan kebodohannya."

Arnold Toynbee berkata: "Sesungguhnya persatuan Islam itu ibarat orang yang sedang tidur nyenyak, namun kita harus waspada bahwa orang yang tidur itu sewaktu-waktu bisa bangun."

Moroe Berger berkata: "Sejarah membuktikan bahwa kekuatan Arab berarti kekuatan Islam, maka dari itu hancurkanlah bangsa Arab, bersamaan dengan kehancurannya, hancur pula Islam di seluruh dunia."

W.K. Smith (orientalis Amerika), berkata: "Apabila kaum Muslimin diberi kebebasan dalam dunia Islam, dan hidup dalam alam demokrasi, maka pasti Islam akan meraih kemenangan. Hanya dengan sistem diktator sajalah umat Islam dapat kita kacaukan, dan mereka akan asing dengan agamanya."

Pemimpin majalah 'Times' (sebuah majalah Amerika), berkata: "Untuk mencegah hadirnya kesadaran dalam diri umat Islam, maka kita harus menjadikan negara yang mayoritas penduduknya beragama Islam, menjadi negara diktator militer. Dengan demikian kita akan dapat mencapai kemenangan terhadap bangsa Arab dan peradabannya."

Fidel Castro memberikan nasehat kepada Israel yang berbunyi: "Israel harus berusaha keras jangan sampai gerakan gerilyawan Palestina itu menganut ajaran Islam. Karena ia akan memberikan kobaran semangat seperti yang biasa dikenal dalam masyarakat Islam. Sesungguhnya semangat agama Arab ini akan mempolarisasikan semua jamaah Islam yang lain, sehingga mustahil bagi Israel untuk memelihara eksistensinya. Juga saya peringatkan, agar Israel berusaha keras menjadikan negara Arab sekitarnya menjadi negara-negara sosialis, untuk menemukan kerjasama secara damai antara sosialis Arab dan sosialis Israel."

Lawrence Braoun berkata: "Selama ini para pemimpin kami menakut-nakuti kami dari ancaman berbagai bangsa. Namun setelah kami teliti dengan seksama, ternyata rasa takut kami itu tidak beralasan. Mereka menakut-nakuti kami dengan bangsa Yahudi yang berbahaya, bangsa 'kuning' dari Jepang yang beracun, dan bahayanya bangsa 'merah' (Bolsyewik - Komunis). Kenyataannya, kaum Yahudi menjadi kawan karib kami, kaum komunis menjadi sekutu kami, dan bangsa Jepang ... untuk yang satu ini, sudah ada negara demokrasi besar yang menjamin akan menaklukannya.
Ternyata, bahaya terbesar yang kami temui adalah Islam. Hanya dialah musuh sebenarnya bagi kami, baik dalam penyebaran atau di dalam setiap sistem yang ada, maupun dalam semangatnya yang sangat menakjubkan."

Moroe Berger berkata: "Sebenarnya ketakutan kami dari bangsa Arab, dan perhatian kami yang berlebih-lebihan kepada bangsa itu, bukan lantaran adanya kekayaan alam berupa ladang-ladang minyak yang melimpah ruah itu, akan tetapi lantaran Islamnya." Kami wajib dan berupaya sekuat tenaga dan kemampuan yang ada, untuk merintangi bersatunya bangsa Arab, yang bisa menguatkan mereka. Karena, bersatu dan kuatnya bangsa itu, berarti bersatu dan kuatnya Islam di seluruh dunia, maka itu berarti kejayaan dan kebangkitan Islam akan segera tumbuh.

Philip Foundatie (seorang Perancis) berkata: "Adalah menjadi kewajiban bagi bangsa Perancis untuk melawan dan menghancurkan Islam di dunia ini, dan menerapkan politik bermusuhan dengan agama itu, serta berusaha dengan sekuat tenaga untuk menghalangi penyebaran dan kebangkitannya."

Keimon (seorang orientalis Perancis) berkata: "Menurut hemat saya, adalah menjadi kewajiban bagi kita untuk memusnahkan seperlima umat Islam, menghukum sisanya melakukan kerja paksa, menghancurkan Ka'bah di Mekkah, dan memindahkan mayat Muhammad di Medinah ke museum Le Louvre di Paris."

Sebuah media massa barat yang menyatakan: "Tidak diragukan lagi bahwa tugas misi dalam merusak dan mengaburkan aqidah Islam telah menemui kegagalannya. Tetapi tujuan ini bisa dicapai melalui Perguruan-perguruan Tinggi di Barat (juga semua perguruan dan sekolah atau yang semacamnya maupun segala lembaga yang dapat dikuasai atau dipengaruhi oleh Kristen/Yahudi/Israel di dunia ini; peny.). Untuk itu hendaknya dipilih mahasiswa-mahasiswa (orang-orang; peny.) yang mempunyai watak yang lemah dan tidak mempunyai kepribadian serta moral yang rusak dari negara-negara Timur, khususnya dari dunia Islam, agar mereka diberi beasiswa (akses-akses, bantuan-bantuan, kemudahan-kemudahan, sarana dan prasarana, dll.; peny.), sehingga mereka itu bisa menyandang gelar (mendapatkan posisi yang menguntungkan/strategis atau mempunyai pengaruh yang luas dan kuat di masyarakat; peny.), agar mereka bisa membawa misi yang tidak diketahui (oleh orang-orang tersebut; peny.). Agar mereka membina dan mewarnai tingkah laku sosial dan politik di negara-negara Islam (dengan tingkah laku yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi dinyatakan oleh orang-orang tersebut sebagai ajaran Islam; peny.). Kami (Kristen/Yahudi/Israel; peny.) berkeyakinan bahwa Perguruan-perguruan Tinggi barat (juga semua perguruan dan sekolah atau yang semacamnya maupun sebagai lembaga yang dapat dikuasai atau dipengaruhi oleh mereka di dunia ini; peny.) harus menggunakan kesempatan yang sebaik-baiknya terhadap dunia Timur (Islam; peny.) yang tergila-gila dengan gelar-gelar ilmiah (maupun gelar-gelar lainnya yang dapat menyatakan bahwa orang-orang itu lebih dari orang-orang kebanyakan yang kemudian orang-orang itu dapat pergunakan untuk memperoleh kenikmatan duniawi semata-mata yang berlimpah-limpah dengan mengabaikan ajaran-ajaran Islam; peny.). Menggunakan mereka sebagai dosen dan intelektual (serta sebagai pengambil keputusan, tokoh masyarakat, dll.; peny.) yang membawa misi (Kristen/Yahudi/Israel dalam rangka menghancurkan Islam; peny.) adalah sangat menguntungkan terhadap tujuan kita (Kristen/Yahudi/Israel; peny.) dengan dalih memajukan (membantu, bersahabat, dll.; peny.) Islam dan orang-orang Islam." (Catatan: semua orang-orang Islam, tokoh-tokoh Islam, ilmuwan-ilmuwan Islam, pedagang-pedagang Islam, bankir-bankir Islam, anak-anak Islam, suami-suami Islam, isteri-isteri Islam, dll. yang murni, yang sejati, yang dengan sungguh-sungguh berjuang menegakkan kebenaran Allaah S. W. T.. di segala bidang kehidupan ini, yang pasti bertentangan kepentingan dengan Kristen/Yahudi/Israel, dibantai habis-habisan dengan mempergunakan segala cara yang mungkin dilakukan oleh mereka, termasuk mempergunakan tangan-tangan orang-orang Islam sendiri yang lemah imannya atau anak-anak kecil atau perempuan-perempuan atau orang-orang lemah atau semua orang yang dapat terhasut untuk membela kepentingan Kristen/Yahudi/Israel; peny.) .

Pernyataan Paus Innocent III bahwa Islam adalah agama "Anti Christ" pada tahun 1050 M , yang bunyinya adalah bahwa agama Islam adalah agama Bid'ah dari Kristen/Yahudi/Israel, sehingga disusun rencana dan strategi penghancuran dan penghapusan Islam di seluruh dunia, yang mana sedemikian canggih dan halusnya sehingga sebagian besar umat Islam yang lemah ilmu dan lemah iman ikut-ikutan menjalankan strategi dan rencana tersebut, bahkan sampai-sampai, ulama tingkat tinggi banyak juga yang terpengaruh ikut-ikutan menjalankan strategi dan rencana tersebut.

"Kepala pastor dalam konperensi pastor, Samuel Zwemer berkata: "Sebenarnya kami mengutus dan membebankan anda sekalian ke negara-negara Muhammadiyah (Islam), bukan dengan tujuan untuk mengkristenkan mereka, karena hal itu adalah suatu kehormatan. Mereka tidak pantas untuk menerimanya.
Sebenarnya tugas kalian adalah mengeluarkan orang-orang Muslim dari agamanya, agar mereka menjadi mahluk yang putus hubungannya dengan Allah S.W.T. Dengan demikian terputus pula ciri (akhlaq) Islam dari dirinya, yang menjadi sendi dan fondasi dasar dalam kehidupannya. Dengan jerih payah kalian itu, kalian telah menjadi pelopor kemenangan dalam penjajahan dalam negara-negara Islam. Kalian telah berhasil mencuci otak mereka sehingga mereka mau menerima dan menjalankan segala rencana dan siasat kita untuk mengeluarkan mereka dari Islam.
Kami menginginkan kalian berhasil membuat generasi penerus mereka menjadi generasi santai yang suka membuang waktu dan bermalas-malasan. Memburu hawa nafsu dengan berbagai cara, sehingga hawa nafsu itu merupakan tujuan utama kehidupannya, dan mempertuhankan hawa nafsunya, dan kalau mereka menduduki jabatan penting, juga untuk kepentingan hawa nafsunya. Mereka korbankan segala-galanya untuk kepentingan hawa nafsu.
Wahai para pastor!
Laksanakan dan kerjakanlah dengan sungguh-sungguh dan sebaik-baiknya tugas yang telah diembankan kepada kalian, dan pasti kalian akan berhasil dengan gemilang."
Demikianlah pernyataannya, yang diwujudkan dengan memupuk rasa kecewa, frustasi, pesimistis, dan putus asa terus dipompakan. Mabuk-mabukan, diskotik, film porno dan sex bebas dibudayakan, sehingga generasi Islam terlena dan terhanyut sampai jauh dari cita-cita semula yang luhur, hingga aqidah sebagai senjata ampuh yang terakhir ditanggalkan satu demi persatu .

Kardinal Simon (orang kedua setelah Paus di Vatikan), menyatakan: "Andai umat Islam itu bersatu padu di seluruh dunia, dan menyatukan seluruh aspirasinya, saling bantu untuk melepaskan diri dari cengkeraman bangsa Eropa (Kristen/Yahudi/Israel; peny.), lalu mereka berkiblat dan mematuhi segala syariatnya (Islam, peny.), maka mereka akan mampu bangkit dan mengalahkan kita (Kristen/Yahudi/Israel; peny.). Dan wajiblah bagi kita (Kristen/Yahudi/Israel; peny.) untuk menyusun program demi memecah belah, menghalangi kebangkitan mereka (Islam; peny.)

Eks PM Inggris, James Callaghan berkata dalam wawancara tentang konperensi Qoud Lobby: "Sebenarnya di antara topik yang hendak dibicarakan ialah masalah Iran". Ditegaskan kemudian: "Masalah Iran itu mempunyai akar yang mendalam dan kuat, karena kita juga harus membicarakan masalah Turki, Pakistan dan Timur Tengah". Ditegaskan lagi: "Memang sulit bagi anda untuk memahami apa yang terjadi dalam masalah ini. namun saya sebagai seorang Kristen yang murni, akan mengatakan kepadamu: "Di sana ada musuh terbesar yang harus kami musnahkan, sampai ke akar-akarnya. Dia senantiasa menghalangi setiap rencana dan gagasan kami. Musuh kami itu adalah Aqidah (ajaran Islam; peny.), oleh sebab itulah dalam konperensi kali ini, kami fokuskan pada masalah yang sangat vital itu."

Ben Gaurion seorang Kristen/Yahudi/Israel berkata: "Tidak ada yang paling menakutkan saya selain kalau dunia Arab akan melahirkan seorang Muhammad baru" .

;;